Sunday 12 July 2015

hari ini

menangis lagi kau hari ni ya hawari??..
sampai nak cakap dengan ma elok2 pun da  x boleh..
sampai ma prasan yg kau tengah sedih..

ya, air mata aku kerap tewas 2 3 hari kebelakangan ni...
banyak sgt benda yg terpendam dalam hati aku...
pk pasal exam, pasal cik matahari lagi...
mau aku pergi ke tengah laut dan meraung sepuas puasnya..
biar penduduk laut terkejut..

tapi, apakan daya..
aku xmampu berbuat demikian...
yang aku mampu cuma masuk bilik air, buka air dan menangis sambil tangan menutup mulut...
sbb xnk bagi orang dengar...
xpun start motor pastu p pantai..

tp yg dominannya ialah pk pasal cik matahari..
rasa pedih haritu msih lagi xhilang, ditambah pula tragedi hari ni..
sakitt sgt!!!
cik matahari, i need ur support, please..😔😔😔😔

jeles aku tgk housemate aku stdy sungguh2...
kejap berdiri, skejap duduk..
da puas duduk, baring pulak..
tp buku sentiasa di tangan...

aku pulak masih bz berperang dengan perasaan sendiri...
dah la byk lagi subjek yg x cover..
masa pulak dah makin hari makin suntuk..
tengah hari tadi hinggala ke petang memang membazir camtu je lah...



sehinggala aku terjumpa ayat ni ketika tadabbur tadi...malunya aku!!!
aku terdiam jap...Allahurabbi...malu3!!!




Saturday 11 July 2015

gelisah itu datang kembali

Ya Allah, letihnya study...
aku pun rehat skejap sambil tangan mencapai hdsetku yg da uzur tu..

aku mmbuka whatssapp dan mataku terpandang profile pic cik matahari..

aku open la profile pic dia, tiba2 hati ku resah, bimbang..fikiranku bercelaru...aku xboleh nak fokus...hati ini tak tenteram...


inilah yg menjadi (lebih kurang) profile pic dia...

aku yakin yg aku x buat apa yg disebut dalam hadis di atas..

tp sbb kerana dosa lepas, aku jadi bimbang..
aku takut dia tinggalkan aku..

Ya Muqallibal Qulub, apa yg harus aku buat sekarang?

aku dah x boleh nak fokus...

😔😔😔😔😔😔😔😔😔😔😔😔

Thursday 9 July 2015

Rindu

Rindu tu x boleh nak di paksa...

ia tetap hadir walaupun tak dijemput...

ia akan pergi walaupun tak di usir...

aku juga begitu kerna aku cuma manusia biasa...

yg juga dikurniakan perasaan...


Dia pesan kat aku,

kalau ingat, doa...
kalau ingat, doa...
kalau ingat, doa...

maka, aku pun berdoa...

dan

makin aku berdoa, makin aku rasa dekat dengannya...

walaupun dia sebenarnya jauh disana...

Moga Allah jaga kami...

amiiinn...

Tuesday 7 July 2015

hidup

BABAK 1
Saya tak tahu siapa saya pada awak,
tapi bagi saya.
Awak insan yang sentiasa ada dalam doa.
Walau jarang bertemu.
Walau mampu melihat dari jauh.
Kerana mendoakan adalah cara mencintai yang paling rahsia.

BABAK 2
“Kau teringat dekat dia.”
*blur*
“Betulkan? Kau teringat dekat dia dan kau rindu dia.”
*angkat kening*
“Tak yah deny. Aku perasan bila kau rindu dia mesti ada bau yang sama akan keluar.”
“Huh! Bau apa?”
“Bau kopi.”
*tangan terhenti dari kacau air dalam cawan.*

BABAK 3
“Orang kata cinta yang sebenar apabila kau menjadi lebih baik dari sebelumnya. Jadi, bila kau mencintai budak tu dalam diam, kau rasa kau jadi lebih baik?”

“Jadi lebih baik atau tak, aku tak tahu. Mungkin kau lebih nampak perubahan aku. Tapi yang aku tahu, bila aku suka dia aku sedar yang ada orang cuma ditakdirkan ada dalam hati kita tapi bukan dalam hidup kita. Aku sedar yang mana bila kita suka, kita kena tahu jodoh yang tepat akan datang pada waktu yang tepat dengan orang yang tepat. Aku sedar menahan apa yang ada dalam hati itu adalah sepatutnya kita buat kerana mungkin itu yang terbaik buat semua dan mungkin yang terbaik buat masa itu. Jadi, sebelum sampai waktu yang tepat, pendamkan saja dan terus berdoa. Allah itu Maha Mengetahui dan Maha Mendengar.”

*tarik nafas*

“Aku juga sedar yang aku salah kalau aku pikir hidup berkahwin tu akan sentiasa manis walhal mungkin kita dapat jodoh yang berpenyakit, yang punya banyak tanggungjawab dan sebagainya. Aku sedar yang jodoh ni kadang-kadang tak panjang. Aku sedar yang kalau berkahwin mungkin tak ada anak dan aku sedar yang mungkin pasangan kita akan Tuhan cabut awal nyawanya.”

BABAK 4
“Apa perasaan bila akhirnya orang yang kau cintai dalam rahsia, yang kau tunggu dalam diam selama ni akhirnya adalah jodoh kau?”

*senyum manis*

“Alhamdulillah. Tuhan itu tahu yang terbaik buat hambaNya. Terima kasih sebab dia bina tembok ikhtilat yang sangat tinggi masa kami belum berkahwin. Terima kasih sebab dia jaga maruah aku dengan tak mesej call chat aku selama kami bukan yang halal. Terima kasih sebab dia secara tak langsung bawa aku ke satu jalan yang matang tersusun dan terarah. Sesungguhnya kalau kita buat segalanya untuk Allah, korbankan perasaan harta atau apa saja kerana Dia, pasti Dia takkan pernah kecewakan kita.” *mata berkaca-kaca*

“Macam mana life after dah jadi Puan?” *sengih*

“Bercinta ibarat kau naik bas. Boleh berhenti kat mana yang kau nak kalau kau tak suka. Tapi berkahwin ibarat kau naik flight. Suka tak suka, kau tak boleh berhenti tiba-tiba kat mana yang kau nak. Bahaya. *ketawa*

Marriage is not just living together but loving together dan perkahwinan itu bukan hanya suka-suka atau cuba-cuba malah ia lebih besar maknanya dari itu. Perkahwinan bermaksud perkongsian hidup dua orang manusia yang berbeza dari segala macam benda. Perkahwinan bermaksud, kalau selama ini segalanya di tempuhi sendiri, tapi kali ini ada seseorang disisi. Menangis bersama, ketawa bersama, jatuh bersama, bangkit bersama. Perkahwinan harus ada konsep takmil wa istikmal iaitu lengkap melengkapi. Seorang memberi seorang lagi menerima. Terkadang menjadi pemberi, terkadang menjadi penerima. Harus ada tolak ansur dan saling percaya kerana adat dalam perkahwinan tak semuanya indah dan manis macam gula. Pasti ada masa berkelahi sini sana. Tak sependapat itu ini. Kena bersikap matang dan rasional sebabnya destinasi perkahwinan harus menuju ke syurga kerana akhirat adalah destinasi utama kerana kita akan kekal di sana.”

Kahwin dengan orang yang kita cintai itu ialah impian.
Kahwin dengan orang yang kita tak sangka itu ialah jodoh.
Menikahi orang yang kita cintai itu ialah kemungkinan.
Mencintai orang yang kita nikahi itu satu kewajipan.
Segalanya adalah kerana Allah
 kerana takdir yang menentukannya

Monday 6 July 2015

dugaan

4/7/2015

Assalamualaikum...arini aku nak cerita byk bnda..start dari subuh smpila skrg..huhu..
Oklah,lepas smyg subuh bjmaah tadi kt masjid bangka2, aku stay kejap sbb ada kuliah subuh yg disampaikan oleh sorg ustaz dari maahad tahfiz...tajuknya adalah tentang CARA BERINTERAKSI DENGAN AL QURAN...so, cara2nya adalah dengan :

1.       Baca dengan betul
2.       Baca dengan bertajwid
3.       Baca terjemahannya
4.       Baca tafsirnya dan pahaminya
5.       Cuba hafal
6.       Amalkan
7.       Sampaikan ilmu2 yg dipelajari

Dalam byk2 steps ni, aku tertarik kepada step no 5...mula2 tu hafal la surah2 lazim dulu..start dari surah Dhuha sampaila surah Annas..pastu cuba hafal juz 30 pulak...pastu try hafal surah2 femes..contohnya Surah Yasin, As-Sajadah, Al-Waqiah, Al-Mulk, Al-Insan... banyak fadhilat yg kita boleh dapat sbenanya kalau hafal Quran ni..ustaz aku ckap, kalau kita hafal quran ni, kita akan senang hafal ilmu2 medik ni.yg lain2 tu cuba la cari sendiri eh..hafal Quran ni benda baek, mesti 
Allah suka..bila Allah suka, bahagiala hidup ni jawabnya.. kann???

Emmm..itu pasal subuh tadi...seterusnya aku nak crita pasal zohor tadi pulak...cam biasala, bila amsuk waktu zohor, aku ajakla member aku p solat kat surau blakang rumah...aku p la kat meja dia..pegang bahu dia..aku pun cakap la, “meh la p smyg jap, skejap je..5 min je pun”..dia pun jawab, “ok” (sambil muka mcm xnk layan)..sabo je la...

So, aku pun p la dulu ke surau...bila bilal iqamah, dia x datang lagi..mb dia datg jap lagi kot...aku pun solat la dulu..bila da habis solat, aku tengok la blakang sambil cari dia..rupa2nya dia x da..aku pun sedihla..sebak pun ada.byk ngat dosa aku smpi nasihat pn dia denga...emm..aku balik umah dengan hati kecewa lagi..xpelah, mb ada hikmah...Allah punya plan, xda org taw...bak kata Cik Matahari, doakan dia..iA terbuka la pintu hatinya nanti...

Crita seterusnya berkenaan dgn aku n Cik Matahari...heeee...tadi tgh stadi endocrine system kat dlm bilik, aku tringat kat dia..apa yg dia ngah buat, dia buka posa ngn apa arini, dia ngah peluk bantal yg aku bagi ke..heee..tiba2, ada 1 soalan ni dtg singgah di kpala aku..camna kalau dia ngah mesej ngn org len (walaupun aku taw dia x camtu)...aku terus pejam mata..x boleh fokus dah..aku cemburu..jeles..arghhh...geram je aku nk capai handset dan tnya dia..tapi aku kuatkan hati supaya sabar byk2..iA xda pape pun...aku percyakan Cik Matahari..dia xkan buat aku camtu...


Emmm..malam ni aku ada usrah kat masjid ums after isyak..yeahh!!!!...moga dipermudahkan..INSYAALLAH...

Tuhan yg pegang hati manusia ni, bukan kita

3/7/2015

SESUNGGUHNYA HIDAYAH ITU MUTLAK MILIK ALLAH..

Assalamualaikum..alhamdulillah sbb masih idup sihat walafiat..syukurrrr...sedar x sedar kita da masuk 17 Ramadhan dah...separuh ramadhan da tinggalkan kita..entah tahun depan sempat ke x kan...jadi, hargainya baek2..lagi satu! Malam ni dah nuzul quran..iaitu hari quran diturunkannn...mulianya malam ni...

Baeklah!..kali ni aku nak share sket kisah aku ngn housemate2 aku ni...berkenaan dengan tajuk di atas...emmm..sbenanya ni kisah sedih (bagi aku)...

Camni...aku ada 6 org housemate(termasuk aku)..kat blakang rumah aku ni ada surau..memang dekat sgt3lah...xsampai 20 tapak jalan, mesti sampai..so, senang la kan nak p surau berjemaah..1st time aku duk sini, aku hepila..sbb nanti boleh la aku & housemate aku p smyg 5 waktu berjemaah (if tyme tu ada kat umah)...tapi, lain yg jadi...itu yg aku terkilan tu..

Bila orang azan, ada housemate aku ni lebih pentingkan study dari menyahut panggilan Allah tu..padahal dia dengar je pun azan tu..aku pun ajakla dia, dia jawab acuh x acuh..pastu macam ada gap antara aku dengan dia..salah ke aku ajak?emmm...aku taw la aku ni x bijak cam dia..mungkin dia akan dengar ajakan orang yg lebih bijak dari dia...aku ni kan da banyak kali fail dalam exam..macam bawa fitnah la kan?..sedih jugak ar...aku nak hidupkan biah soleh dalam umah...tapi, x dapat..xmampu...mungkin dosa aku yg banyak menjadi hijab dari nasihat tu sampai ke hati dia..Dari dulu hinggala skrang, camtu la...tambah2 bulan ramadhan ni..lagi la aku ni kecik hati...

”Ya Allah, tolong la aku..aku nak sgt tengok housemate2 aku sama2 p solat jemaah..sesungguhnya hanya Engkau yg boleh memberi hidayah dan kekuatan..”

Tyme subuh pagi tadi, aku baca quran surah As-Asyura..ayat 1-9..dalam ayat ni, Allah memujuk baginda supaya jangan sedih sbb penduduk mekah x beriman...

Tiba2 aku teringat ujian2 yg nabi terima di kota Taif ketika menyampaikan islam kepada orang kafir..dihina, dikeji, diejek, dibaling batu sehingga berdarah..lalu malaikat menawarkan untuk menghempap Kota Toif tu dengan bukit..tapi, Nabi x benarkan..sebaliknya nabi masih berdoa supaya keturunan2 mereka akan memeluk islam nanti...mulianya hati nabi..malu aku!!!...member baru x nak p surau pun da sedih cam apa..bukannya kena ejek, hina pun..aduhaiiii..nampak sgt iman lemah...


Xpa, ajak lagi..yg penting, usaha + doa + tawakal..Allah x pandang hasilnya, tapi Allah melihat usaha..

datang lambat, nak cepat

30/6/2015

Assalamualaikum w.r.t..alhamdulillah sbb Tuhan masih bagi aku peluang untuk hidup dalam iman dan islam..ianya merupakan satu nikmat yg paling besar diantara nikmat2 yg lain..
Harini adalah hari terakhir aku ada kat rumah sbbnya aku da nak balik sabah jam 1.05 petang nanti..so, seperti biasa aku akan bawa makanan dari rumah lah..hehe..antaranya ialah akok, keropok sira, murtabak dan lain2..

aku da gtaw parent aku yg aku nak bawa akok pegi sabah..nak jamu kwn2 buka posa gak..aku pun tanya la abah aku jam brapa kena p beli..alangkah terkejotnya aku bila abah aku cakap kena p sana jam 5 pagi lagi..aku ingat abah aku maen2..aku pn p la tnya ma aku, rupa2nya betol la apa yg abah aku cakap...aku da pening kepala nii..last2,aku buat keputusan yg aku nak pegi gak...

Lebih kurang jam 5 lebih, aku bangun la dan terus pergi kedai tu...dalam hati, aku yakin bhawa aku boleh balik umah sblom jam 5.30am supaya aku sempat balik rumah untuk sahor...tapiii!!!!!!!!!, malang x berbau..sangkaan aku meleset sama sekali sbb da ada orang tunggu da tyme tu..aku ni customer ke empat la...habis la kali ni...last2 sahor pun terlepas, qiam pun terlepas..padan muka aku..kejar lagi dunia..kan Tuhan da balas...rugi 1 hari di bulan Ramadhan...len kali kena plan awal2 taw hawari!!!..aku dapat akok jam 7.30pagi..haishhh..rugi3...

Aku ada 1 lagi cerita pasal pagi ni...di kedai akok jugak...jam menunjukkan pukul 7 pagi..aku pun setiala tunggu turn aku untuk beli akok..banyak la jugak pakcik2 yg tunggu skali ngan aku..aku tengok sorg pak cik ni, rancak betul dia borak..ntah apa yg diboraknya..musykil aku..
Tyme aku tengah tunggu, tetiba datang sorg pakcik ni..segak pakaiannya..batu kemeja putih + sluar slack hitam..dia dtg dekat ngn aku dan bertanya :

Pakcik   : dik, adik beli akok brapo ya?

Aku        : kito beli 17 ya jah..bakpo?

Pakcik   : buleh dok pakcik nok tupe 2 bungkus?..pok cik ni cikgu..

Aku        : (aku da serba salah)..maah la pokcik..sayo xleh nok tulung..rama lagi ore tunggu ni..

Pakcik   : xpola..adik beli, pahtu sakut kat paga..nati cikgu maghi amek..

Aku        : maah la cikgu, sayo xleh tulung..sie ko ore lain..rama lagi hok nunggu

Aku tetap berkeras xnak tolng..aku tengok pakcik lain, dorg menggeleng kepala..memberi isyarat supaya jgn tolong..last2, cikgu tu pun blah sbb aku xnak tolong..

Aku mmg sakit hati dengan orang camni..datang lambat, tapi nak cepat..nak shorcut je kejenya..xjaga hati orang langsung..tak kan xperasan orang ramai tunggu...ko datang mintak tolong aku sbb aku muda dari ko?..maafla cikgu, aku x boleh tolong..walaupun ko tu cikgu, tapi aku xboleh ketepikan perasaan customer lain..1st come, 1st serve...aku x kisah pun ko nak marah aku..


Pengajaran : jangan PENTINGKAN DIRI